Thursday 31 July 2014

CHIA SEEDs / BIJI CHIA

CHIA SEEDs / BIJI CHIA ?

Ramai kawan-kawan saya  keliru 'Chia Seeds' dengan 'Biji Selasih' . Bila saya perkenalkan 'Chia Seeds' kepada mereka, ramai yang kata 'chia seeds' tu adalah 'biji selasih' . Saya menafikan tanggapan mereka. Memanglah 'chia seeds' seakan-akan 'biji selasih', tetapi kedua-duanya bukan benda yang sama. Namun yang kelakarnya, kawan-kawan tetap fikir seperti itu. Jadi saya agak teruja jugalah nak buktikan kebenaran bahawa kedua-duanya tak sama. Beberapa hari saya cuba dapatkan 'biji selasih' tu supaya nanti kawan-kawan dapat tengok, alhamdulillah akhirnya saya dapat beli di sebuah kedai. Jadi saya akan bawa ke tempat kerja saya. Ha..ni pun gambarnya ..harap kawan-kawan nampak bezanya. Pertama dari segi warna, chia seeds merupakan gabungan kelabu hitam putih, manakala biji selasih warna hitam. Bentuk mereka apabila kembang juga ketara berbeza.

         Chia Seeds/Biji Chia

             Biji Selasih/Basil seeds

* gambar ni saya ambil guna kamera canon yang dah lusuh..

KENAPA MESTI CUBA 'Chia Seeds' ?

Ramai kawan-kawan kata saya ni ada bakat dalam bisnes, bila bercakap atau bercerita tentu menyebabkan ramai orang terpengaruh nak juga..kelakar jugalah. Sebenarnya saya ni lebih kepada konsep 'sharing', bukannya berbisnes.Saya suka sangat nak berkongsi apa yang saya rasa dan alami. Bila saya belikan kawan-kawan 'chia seeds' saya tak ada profit langsung tapi saya 'puas' sebab pengetahuan dan pengalaman yang saya dapat tu dapat saya sebarkan kepada  mereka semua terutamanya bila mereka datang kepada saya semula dan memberikan 'feedback' yang bagus terhadap produk yang telah saya perkenalkan dan
ada perubahan positif pada diri mereka. Ha..part nilah yang saya puas sangat-sangat.

'Chia seeds' ni merupakan sejenis bijirin yang mempunyai banyak sangat kelebihan iaitu sangat kaya dengan Omega 3 disamping segala macam vitamin dan nutrien, fiber, protein, kalsium dan yang terpenting juga ialah antioxidants,  hanya 2 sudu besar dah cukup untuk keperluan harian, tak perlu berlebihan. Yang penting ia bijian semulajadi yang tidak melalui apa-apa proses. Boleh dimakan mentah atau dicampur di dalam minuman atau apa jua masakan. Jika dicampur dalam minuman ia akan kembang sama sifat seperti 'biji selasih' .